Ini blog pertama saya, tengok tajuk tu.. Ok, saya minat habis dengan baby's stroller. Sebab saya rasa stroller tu bukan saja untuk keselesaan bayi untuk tidur semasa berada di luar. Juga, stroller ni yang membantu kerja harian seorang Mommy dengan dua orang anak kecil semasa jalan - jalan di luar. Yes..Helping mommy to get her work done..Opppss...Shopping done!
Jadi, Saya sebagai seorang suri rumah dengan dua anak ni dah merasa bereksperimen dengan pelbagai jenis stroller... Daripada jenis praktikal, sampailah kepada yang susah nak di lipat (fold) ni.
Dan, Saya sendiri dah merasa macamana susahnya membeli barang tanpa pembantu rumah, sedangkan anak masih kecil (Oh...inikan pula kalau kembar!)
OH! Kan zaman sekarang ni banyak sangat jenis stroller, daripada murah ke mahal..daripada kecil ke besar! Tapi bila kita nak selesa tu dah tentu tentu lah harganya agak mahal.. Yang saya perhatikan kebanyakannya sekarang ramai yang kurang bijak memilih stroller sehingga habis ribuan ringgit!
Baiklah, di blog saya ini.. Anda para ibu dan juga para bapa bukan saja akan saya bantu membuat pilihan dengan tip tip membeli, malah saya juga akan menawarkan khidmat belian online,
Di blog saya ini, saya jamin harganya lebih murah berbanding harga pasaran. Pegang kata kata saya ini, sebab juka anda jumpa di sekitar KUALA LUMPUR atau MALAYSIA ni harganya lebih mahal..
Saya akan pulangkan beza harga secara tunai! Bijak berbelanja untuk simpanan masa depan si manja..
Kata hati ketika nak masih seorang; Oh..teringinnya nak belikan Bugaboo tu untuk anak..sangat selesa!
This is the latest stroller for them (Abang on the top and Adik duduk diam diam kat bawah)