Wednesday, June 16, 2010

Strech Marks NO MORE!!

Hello semua!

Bagaimana hari anda? Harap harap semuanya berjalan lancar =)
Hari ini saya nak berceloteh mengenai produk terbaik untuk bakal ibu. Topic hari ini adalah mengatasi Kesan Rengangan atau Strech Marks.

Saya rasa ramai dah tau mengapa kita nak elakkan sangat kehadiran Strech Marks ni kan? Ianya umpama kesan parut, yang kekal dilapisan dermis kulit. Kita membencinya oleh kerana ianya membuatkan kulit kurang mulus atau halus.

Kawasan mana seringkali terjadi?
Kawasa 'hot spot' bagi strech marks ini dah tentulah di perut.. tapi selain itu ia juga boleh wujud di bahagian badan yang lain juga..seperti;
a) Lengan
b) Punggung
c) Peha (di bahagian kelangkang)
d) Love handle (lebihan isi pinggang)

Ianya terjadi atas faktor keregangan kulit, samada disebabkan gemuk atau dalam konteks ini ialah ibu mengandung.
Bayangkanlah kulit yang selama ini membaluti isi badan kita diregangkan bagi menampung tumbesaran janin di dalam perut..Oh, ia umpama beg plastik yang kita cuba regangkan!

TETAPI;
Ada faktor lain turut mempengaruhi kehadiran strech marks ini..Apa dia?
a) Genetik (boleh periksa ibu anda..heh heh)
b) Penjagaan dan pengunaan produk
c) Garu (Ok, Explaination di bawah nanti ya)

Genetik:
Sesetengah orang dilahirkan dengan Genetik kulit yang baik. Kulit mereka mampu menerima tekanan seperti tekanan regangan ini. Ok, saya gelarkan sebagai tahan lasak lah ya. Kiranya mereka ini sangat bertuah! Sila jangan cemburui mereka =)
Penjagaan dan Pengunaan Produk:
Baiklah, ini merupakan rutin saya ketika mengandung, saya amalkan pengunaan produk produk untuk meminimakan atau megatasi kesan regangan ini.
Pada pendapat saya SETIAP IBU MENGANDUNG WAJIB mengamalkan penggunaan rutin ini terutama sekali jika mengandungkan anak pertama.
Ini kerana sebagai langkah berjaga jaga sekiranya jenis kulit kita tidak tergolong daripada jenis kulit 'tahan lasak'.

Produk yang bagaimana?
Baiklah menerusi pengalaman, saya lebih selesa dan memperakui keberkesanan krim yang mengandungi Cocoa Butter atau Shea Butter. Saya berpendapat kepekatan krim ini sangat sangat membantu dan penyerapannya terus kedalam kulit membuatkan saya lebih selesa. Walaubagaimanapun...
Produk pilihan terbaik saya adalah dari kategori minyak.. Ya, minyak khusus ya..bukan minyak masak tu, berlengas lah satu badan alamatnya! Oh, tapi kalau Extra Virgin Olive Oil bagus =)

SETERUSNYA..Faktor;

Garu!
Ya, sila ambil nota penting ini kerana perkara ini takkan diberitahu oleh ramai orang ya..!
Begini, seboleh bolehnya ELAKKAN MENGGARU kawasan kawasan 'hot spot' yang saya tulis awal tadi. Sebaiknya cuba elakkan atau kalau terlampau gatal..Bolehlah kita guna alternatif : Tuala Panas; tuamkan kawasan gatal dengan tuala panas/suam (jangan sampai melecur..). Ini dapat membantu kurangkan gatal..TAPI ini bukan untuk bahagian PERUT ya..! Hanya kawasan LAIN-LAIN sahaja..

Jadi buat bahagian perut, kalau gatal sikit sikit tu bolehlah kita sapu Cream Cocoa Butter atau Shea Butter atau Minyak. Tapi kalau terlampau gatal sangat bawa bawalah mandi ye.. InsyAllah dapat membantu.

Oh, jangan lupa aplikasi di setiap kawasan HOT SPOT, bukan di perut sahaja ya.

TIPS: bagi ibu mengandung yang suka menggaru tengah malam semasa tidur eloklah jika anda dapat beli baju yang fit sikit atau body hugger sleepwear.. paling baik kalau dapat beli seluar tidur maternity yang boleh sarung sampai ke atas perut.
Oh..lupa pula, menggaru akan menyebabkan kulit yang teregang meregang secara tidak sekata..jadi kawasan yang digaru akan meninggalkan bekas hitam atau tidak bewarna di kawasan tersebut.

Jadi bebel punya bebel..saya nak berkongsi produk favorite saya ni!



Tadaaaaa.....My shortlisted! Heh heh...
Earth Mama Angel Baby & Bio-Oil




Earth Mama Angel Baby:
Minyak ni khusus untuk ibu mngandung dan bauan arometerapi yang lembut DAN paling penting tak melekit!

Bio-Oil :
Minyak ni ada banyak kebaikan, dari segi membantu pembaikan parut, kulit kering dan juga strech marks. Mudah didapati di pasaran, dan yang paling penting minyak Bio-oil ni teksturnya agak 'berat' dan cepat menyerap.



SELAMAT MENGGUNAKAN =)